Saturday, February 12, 2011

22 TIP UNTUK KEKALKAN HUBUNGAN PERCINTAAN

1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan. Jaga bau badan anda 2 masa berjumpa, wehh jangan x taw ade jugak yang kuar datang ala kadar jer, dengan niat dalam ati...ala aku x cantik pon die bukan nak tinggal aku,....HELLO, kalau da kau 2 pakai selekeh gaya mak minah comfirm la die bosan wehh...so jaga2 taw... 

2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri. I totally setuju, ini sebabnya kalu kita dok beriya2 sngat nk jadi orng lain so nampak sangat plastik, i dengan my papa x de istilah malu nak jadi diri sendri,coz die taw la sifat kita sebnar, jangan lepas da kawen baru kaw nk tnjuk belang kaw, so da telambat la uolls.. 

3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap. hihihi yng ni no komen, up 2 u, some times ade sestengah person die jns x bnyak ckp so kurng la bahsa2 semua ni...mcam aku bnyk ckp n my papa, jadinye bukan jer tangan naik, n semua2 naik...opsss...

4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang. setuju,,,,,

5. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka). tukar la  k, bukan saya,,,....ala aku percaya la kat luar sana berapa kerat jew yang calll saya n awk..selebihnya SAYANG-ABANG, MAMA-PAPA,HUBBY-BABY-PAPA-BABY,UMI -AYAH( ade ker).....itu kan lebih mesra, boleh prctise2 untuk after kawen,hehe,...xlah sebnrnya die lebih eratkan hubngan.,
 Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.

6. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia. Masa pertemuan pertama aku n my papa, bukan macam kat atas 2..kami 2 2 malu, my papa dok tenyeh tangki motor die jer,...aku pulak tunduk jer, malu la  katakan....jumpa x smpai 20 minit...hahha kat taman pulak 2 uollss....

7. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya. setuju jugak, i n my papa lebih bersikat terbuka, so if ade yang xok terus tegur jew...kan senag macam 2.

8. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin. ni  taw lagi sebb x kawen lagi...nk buka pintu aper...pintu keta leh la...

9. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru. ni opp couse la.. kami 22 jenis suka wat lawak so xde istilah boring dalam hubungan kami kecuali la perang ..

10. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri. 

11. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya. 

12. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah. Jangan la kau time die banayk masalah yang datang bagai aper ntah, kaw g bagi lagi masalah, mau x die ceraikan ko dengan talak 6.. 

13. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan. betul 2, ala lebih kurang macam ni la, kau jangan dok perli2 die, korang sret 2 the point jer...kan cepat paham dan cepat selesai....abis citer 

14. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri. do tunjuk rendah diri sanagt kang mcam good2 la pulak kan....so bese2 da la... 

15. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa
. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.
 
16. Semua Orng Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.
17. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.ALa ade macam 2 teknik pujuk memujuk ni, ala lain orang lain pesen majuknye..mcam my papa very the sensitip okeyh...pujuk la macam maner pon xkan cair k...die akn lembut dengan sendirinye....

18. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Degan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain. 

19. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan. 

20. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya. kongkong oleh tp jangan la tahap dewa punya kongkong...some kawan2 aku tahap kuasa aper ntah die guna,boy nk kuar pon 23x call tanyer bile nyer nak balik, hal nyer gerak pon belom lagi...maw x perang dunia ke 10 meletus kalu x macam 2...simpang malaikat 44 

21. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda. Yang ni sudah semestinya, aku suka ajk my papa p jalan2,..tp kadang2 geram jugak sebb die x maw....tapi x per buat la mende yang berpaedah  okeyh.. 

22. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan 
anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama. yang ni pulak nak dekat pon susah sebb hobi die suka memancing....so kalau die g mancing malam2 mcam maner nak ikot...mau kene rembat n pak usop(abag aku) kuar malam2....

DA ABIS DA....HEHEHE HOPE BOLEH JADIKAN SEBAGAI GUIDE UNTUK ANDA SEMUA DALAM MENJAYAKAN HUBUNGAN CINTA....
WHAT DO YOU THING???

No comments:

Post a Comment